ELAK BAWA ANAK KECIL KE BAZAR RAMADAN, PELIHARA MEREKA DARI JANGKITAN COVID-19

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

Bazar Ramadan merupakan tempat kunjungan ramai pada bulan Ramadan bagi mendapatkan juadah berbuka. Namun begitu, bazar Ramadan juga merupakan kawasan sesak yang sempit dengan bilangan pengunjung yang ramai.

Justeru itu, ibu bapa dinasihatkan untuk tidak membawa anak-anak kecil ketika mengunjungi bazar Ramadan bagi mengelakkan mereka daripada terdedah kepada jangkitan COVID-19 walaupun kita telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, data terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan vaksinasi kanak-kanak hanya sebanyak 38 peratus manakala remaja 91.7 peratus dan dos penggalak pula 67.3 peratus. Perkara ini menunjukkan bahawa vaksinasi membabitkan kanak-kanak masih di tahap yang perlahan dan ibu bapa diseru untuk mendapatkan vaksinasi untuk golongan kanak-kanak dengan kadar segera.

 

Sumber:

Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …