PROGRAM “HARI BERTEMU PELANGGAN” PERJUMPAAN KETUA POLIS DAERAH SEREMBAN BERSAMA PENGURUS KEDAI 24JAM DAERAH SEREMBAN

   

Hari Bertemu Pelanggan IPD Seremban telah diadakan di Dewan Acacia, IPD Seremban yang dihadiri seramai 59 orang terdiri daripada pegawai IPD Seremban dan juga pekerja kedai 24 jam.

Program PDRM Bersama Pelanggan ini diadakan adalah sebagai salah satu usaha PDRM dalam menarik minat pengurus kedai 24 jam untuk memberi maklumat dan bersama mencegah jenayah dengan cara lebih efektif.

Selain itu juga memberi peluang kepada pengurus kedai 24 jam merasa betapa pentingnya berkolaborasi seperti ini dalam mewujudkan hubungan dua hala bersama PDRM serta sebagai usaha penggalak kepada pengurus kedai 24 jam supaya sentiasa mengambil peluang/bahagian secara terus dalam membantu PDRM jika berlaku kes jenayah.

   

Sumber : FB Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …