AMALAN TERBAIK BAGI PAPAN TANDA DI BANGUNAN-BANGUNAN BERCIRIKAN WARISAN

Sedikit informasi yang hendak dikongsikan kepada anda semua terutamanya kepada pemilik bangunan atau peniaga di dalam Bandar Seremban iaitu amalan papan tanda yang terbaik bagi bangunan – bangunan bercirikan warisan.

Di dalam Rancangan Kawasan Khas Bandar Seremban 2025 mengariskan bahawa papan tanda di bangunan-bangunan bercirikan warisan disyorkan seperti berikut :

1. papan tanda dibina tidak menutupi fasad bangunan.
2. papan tanda dibina tidak menyembunyikan hiasan dan butir-butir bangunan
3. papan tanda dibina tidak dibenarkan untuk diletakkan di atas bumbung atau menonjol atas cucur atap.
4. papan tanda dibina tidak dibenarkan menonjol dari 0.6m mana-mana bahagian bumbung
5. papan tanda yang menegak yang diletakkan di atas tiang di tingkat bawah hendaklah tidak melebihi 0.5m ketinggian tingkat bawah
6. papan tanda menegak yang diletakkan di atas tiang di tingkat atas hendaklah tidak melebihi 0.75m ketinggian tingkat atas.

Pemilik bangunan/peniaga diseru agar dapatlah melaksanakan syor ini kerana ia akan memberi nilai tambah kepada bangunan warisan yang terdapat di dalam bandar kita. Bandar Seremban mempunyai keunikkan warisan yang perlu dipelihara dan dipulihara oleh masyarakat Seremban sendiri.

Di bawah merupakan amalan papan tanda yang baik di bangunan bercirikan warisan yang terdapat di Jalan Campbell, Seremban.

Sumber : FB Pesona Seremban

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut