PELAN PERLINDUNGAN INSURANS KEPADA ISI RUMAH MISKIN YANG HILANG PUNCA PENDAPATAN AKIBAT KEMATIAN KETUA ISI RUMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda Dan Ketahanan Rakyat)

Kerajaan menerusi Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) akan menyediakan Pelan Perlindungan Insurans kepada Isi Rumah (IR) Miskin yang kehilangan punca pendapatan akibat kematian Ketua Isi Rumah (KIR).

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, ia akan melibatkan kira-kira 268,000 keluarga miskin yang berdaftar dalam eKasih. YAB Perdana Menteri juga memaklumkan, setiap isi rumah akan menerima RM10,000 dengan peruntukan sebanyak RM13.4 juta setahun. Menurutnya, mesyuarat MySPC juga memutuskan untuk memperkasakan agenda perlindungan sosial sehingga ke peringkat daerah pentadbiran menerusi Jawatankuasa Teknikal Perlindungan Sosial Negeri (JTPSNg) bagi menyelaras Pemetaan Program dan Profil Perlindungan Sosial Fasa 2.

MySPC akan mempertingkatkan tahap sosioekonomi Keluarga Malaysia dengan memberi nilai tambah dan tumpuan kepada Program Peningkatan Pendapatan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin dan Miskin Tegar yang berdaftar dalam eKasih. Manakala, Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah diberi tanggungjawab menerajui Jawatankuasa Kerja Memodenkan Subsidi Bagi Meningkatkan Produktiviti.

Menurut YAB Perdana Menteri lagi, MySPC telah melancarkan Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS) Fasa 1: Bantuan Sosial (Persekutuan) melibatkan 167 program daripada 17 kementerian atau agensi. Ia mengandungi 13.7 juta data profil individu penerima manfaat sehingga tahun 2020 dan program-program perlindungan sosial merentasi pelbagai kementerian atau agensi yang terlibat.

PDPS akan menjadi single gateway serta sumber rujukan utama program-program perlindungan sosial yang meliputi elemen Pekerjaan, Insurans Sosial dan Bantuan Sosial. Akses penuh sistem tersebut kepada orang awam dan semua pihak berkepentingan akan dibuka setelah Modul Insurans Sosial dan Intervensi Pasaran Buruh siap dibangunkan selepas tahun 2023.

YAB Perdana Menteri menyatakan, langkah-langkah yang diputuskan dalam mesyuarat MySPC itu akan membantu untuk memantapkan agenda perlindungan sosial untuk mencapai miskin tegar sifar menjelang tahun 2025 yang dihasratkan oleh Kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-12.

 

Sumber:

ASTRO AWANI

Artikel/Berita Terkini

ZAKAT PERNIAGAAN MELAKA MENINGKAT

Ayer Keroh 30 Mei – Zakat Melaka menerima bayaran keseluruhan Zakat Perniagaan sebanyak RM11,923,118.37 setakat 27 Mei lalu. Exco Pendidikan, …
Maklumat Lanjut

TIPS KESELAMATAN SEMASA DALAM KENDERAAN

Jangan sesekali ambil mudah keselamatan diri pemandu dan penumpang semasa dalam kenderaan. Ini kerana, kebanyakan kemalangan berlaku berhampiran rumah, seperti …
Maklumat Lanjut

GOOGLE LABUR RM9.4 BILION WUJUD PUSAT DATA, WILAYAH GOOGLE CLOUD DI MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 30 MEI: Google menyatakan komitmen untuk melabur RM9.4 bilion (AS$2 bilion) untuk mewujudkan pusat data pertama dan wilayah …
Maklumat Lanjut