AKTIVITI KUTIPAN & PENGEDARAN BARANG FOOD BANK KPDNHEP PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah mengadakan Aktiviti Kutipan dan Pengedaran Barang Food Bank pada 22 Mac 2022.

Lokasi edaran adalah bertempat di MPKK Kubang Menerong, Kepala Batas. Makanan dan minuman serta barangan keperluan dapur yang di edarkan pada hari tersebut adalah sumbangan daripada Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd Cawangan Seberang Jaya dan Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd Cawangan Bagan Ajam.

Jumlah keseluruhan barangan yang telah di edarkan adalah sebanyak 169.46 kg dan 38.70 kg. Trak Chiller KPDNHEP Pulau Pinang telah digunakan bagi tujuan pengangkutan dan logistik yang lain.

Aktiviti ini mendapat sambutan daripada penduduk setempat yang datang untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan asas untuk kegunaan harian, dan mereka juga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Sumber :

Laman FB Rasmi KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …