MCMC KESAN PEMBEKAL PERKHIDMATAN TELCO DI LABUAN TIDAK TEPATI SASARAN

LABUAN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengesan ada pembekal perkhidmatan telekomunikasi di sini tidak menyediakan perkhidmatan berkualiti. Pengerusi MCMC Datuk Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata susulan kerja-kerja bekalan perkhidmatan yang tidak menepati sasaran (kualiti), perkhidmatan di beberapa kawasan mempunyai kelompongan dengan capaian Internet sangat rendah.
“Pengesanan ini dilakukan dalam satu lawatan dan pemeriksaan kualiti perkhidmatan kualiti secara rawak di lima lokasi yang melihat pembekal tidak melaksanakan perkhidmatan sewajarnya.
“Pemeriksaan semula akan dibuat ke atas perkhidmatan mereka dan sekiranya tidak ada perubahan, tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya selepas melawat Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Kampung Sungai Labu pada Sabtu.
Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan oleh pembekal perkhidmatan itu dipantau oleh MCMC dan sekiranya terdapat kelewatan dari jadual yang ditetapkan, penalti akan dikenakan.
Katanya MCMC melihat Labuan sebagai kawasan komersial dan terdapat keperluan untuk pembekal perkhidmatan telekomunikasi membuat pelaburan lebih di pulau bebas cukai itu pada masa akan datang.
Fadhlullah Suhaimi berkata capaian Internet 4G di pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa di sini telah mencapai lebih 98 peratus dan usaha sedang digandakan untuk memastikan Labuan mencapai tahap 100 peratus dalam masa terdekat.
“Kita akan mengesan lokasi yang masih terdapat kelompongan dan selepas itu, barulah kita dapat menilai berapa jumlah peruntukan untuk penyediaan prasarana di kawasan berkenaan,” katanya.
Sumber: BERNAMA
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …