KUNJUNG HORMAT PEJABAT KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT DI KUALA LUMPUR KE LABUAN

WP LABUAN – Perbadanan Labuan menerima kunjungan hormat pegawai daripada Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur ke Labuan yang diketuai oleh Mr.Michael Marcous, Timbalan Penasihat Ekonomi, dan Ms.Sharon Tan, Pegawai Pakar Ekonomi Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat. Delegasi PL diketuai oleh YBrs. En. Ibrahim bin Tambi, TKPE (Pembangunan) PL, dan hadir sama adalah En. Mahathir Abd Hamid, Pengarah JHEK, En. HL Hady Hamidun, Ketua Unit Pelaburan dan pegawai-pegawai PL yang lain. Lawatan delegasi kedutaan Amerika Syarikat tersebut memfokuskan mengenai peluang pelaburan dan ekonomi yang berpotensi untuk diterokai di W.P.Labuan.
Sumber: PERBADANAN LABUAN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut