KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA PLATFORM PERKASA PENYAMPAIAN MAKLUMAT

WP LABUAN, 16 Mac – Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) bakal memperkasa usaha pemasaran maklumat daripada kerajaan dengan kerjasama badan bukan kerajaan di peringkat akar  umbi.

Menurut Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, KKM juga bertujuan menerapkan nilai-nilai Keluarga Malaysia, semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan komuniti setempat.

“Selain itu, KKM mampu membantu dalam usaha menangani isu berita palsu disamping membantu memajukan masyarakat dalam sosioekonomi sejajar dengan perkembangan ekonomi digital,” katanya selepas menyampaikan perutusan kepada enam orang Pengerusi KKM bagi Parlimen Labuan di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Labuan.

Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Labuan, Ab Rasil Hajatil pula berkata, JaPen akan membantu program-program KKM di peringkat lapangan dari segi khidmat nasihat dan peruntukan kewangan selain meningkatkan kerjasama dengan agensi lain bagi dengan harapan agar rakyat memahami aspirasi  dan inisiatif kerajaan.

Sumber: MalaysiaAktif

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …