MISI MENGHANTAR BANTUAN BANJIR DI KELANTAN DAN TERENGGANU 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)

Majlis Bandaraya Seberang Perai bersama-sama pasukan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjalankan misi menghantar bantuan peralatan pembersihan dan bantuan banjir ke negeri Kelantan dan Terengganu yang telah dilanda musibah banjir baru-baru ini.

Bantuan yang dihantar terdiri daripada peralatan pembersihan iaitu baldi 15 liter, pencuci lantai kiwi, pencakar plastik, penolak air, serondeng 9 inci, shovel square, berus lantai, penyapu lidi dan penyapu plastik. Lokasi penghantaran barangan di negeri Kelantan ialah di Pejabat Daerah Kubang Sepat manakala lokasi penghantaran di negeri Terengganu ialah di Pejabat Daerah Kemaman.

Diharapkan bantuan yang disumbangkan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang dihadapi oleh penduduk sekitar yang terjejas.

 

Sumber:

Laman Facebook Majlis Bandaraya Seberang Perai

Artikel/Berita Terkini

ESSCOM REKOD TINDAKAN, RAMPASAN RM407,644 DI BELURAN

RAMPASAN: Antara barang rampasan yang diperoleh dalam operasi berkenaan. BELURAN: Operasi Bersepadu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) selama dua hari …

VESEL NELAYAN FILIPINA BERSAMA 65 KRU DITAHAN CEROBOH PERAIRAN NEGARA

RAMPAS: Kapal nelayan asing yang ditahan selepas disyaki menjalankan aktiviti penangkapan ikan tanpa kebenaran di perairan negara. KOTA KINABALU: Agensi …

LIMA INDIVIDU BERDEPAN 23 PERTUDUHAN BERKAITAN PROJEK PPRT

PROSIDING: Tertuduh diiring keluar selepas menjalani prosiding di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu. KOTA KINABALU: Lima individu berdepan keseluruhan 23 …