KPDNHEP TELITI MENERUSKAN PANGANJURAN PJKM HINGGA RAMADAN NANTI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat terhadap Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang bermula 2 Disember 2021 lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti untuk meneruskan penganjuran program jualan tersebut sehingga penghujung bulan Ramadan nanti.

Difahamkan bahawa PJKM akan melabuhkan tirainya pada hujung Mac 2022 ini. Walau bagaimanapun, menurut Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid, cadangan untuk meneruskan pelaksanaan PJKM turut bergantung kepada bajet yang diberikan kepada Kementerian itu.

PJKM merupakan salah satu inisiatif KPDNHEP untuk membantu meringankan kos sara hidup masyarakat berpendapatan rendah yang terjejas akibat COVID-19 dan bencana banjir. PJKM mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dalam kalangan masyarakat B40 kerana menawarkan pelbagai pilihan barangan keperluan harian pada harga 20 peratus lebih rendah berbanding pasaran biasa.

Sumber : Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …