TANGKAPAN ‘OP NODA’ OLEH IPD BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pada 17 Mac 2022, sepasukan pegawai dan anggota D7 IPD Barat Daya telah membuat serbuan di sebuah premis yang disyaki menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen yang sah serta menahan satu (1) wanita berusia 30’an.

Berdasarkan risikan dan maklumat yang diperolehi, Polis Barat Daya telah membuat serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Sungai Tiram, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Hasil pemeriksaan mendapati wanita terbabit gagal mengemukakan lesen perniagaan rumah urut yang sah. Antara barang-barang yang dirampas ialah kain tuala, botol minyak urut dan sejumlah wang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 24 UUKK 1980 MPPP.

 

Sumber:

Laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …