PERALIHAN MONSUN : SENTIASA AMBIL TAHU CIRI-CIRI DAN IMPAK CUACA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pengurusan Perubahan Iklim)

Umum mengetahui bahawa Malaysia mengalami dua monsun iaitu Monsun Barat Daya yang bermula dari akhir bulan Mei ke September, dan Monsun Timur Laut dari bulan November ke Mac. Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak, manakala Monsun Barat Daya pula secara relatifnya menunjukkan cuaca yang lebih kering. Tempoh peralihan di antara dua monsun ini dikenali sebagai musim peralihan monsun.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan infografik menarik berkaitan peralihan monsun untuk makluman dan rujukan masyarakat. Di antara corak cuaca yang dinyatakan adalah seperti berikut:

  • langit cerah pada waktu pagi;
  • kerap berlaku ribut petir dan hujan lewat pada waktu petang hingga lewat malam; dan
  • berpotensi berlaku puting beliung dan hujan batu

Selain itu, turut diterangkan beberapa impak cuaca akibat daripada peralihan monsun tersebut seperti banjir kilat, tanah runtuh dan sambaran kilat.

Sumber : Laman Rasmi Info Cuaca Malaysia dan  MetMalaysia 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …