PROGRAM PENERANGAN DASAR KESELAMATAN NEGARA DAN ISU-ISU KESELAMATAN NEGARA

SHAH ALAM – Bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menerusi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan satu program penerangan berhubung Dasar Keselamatan Negara yang melibatkan penjawat awam negeri Selangor. Program ini telah diadakan secara bersemuka mengikut SOP yang ditetapkan dan juga menerusi atas talian.

Antara topik yang telah ditaklimatkan adalah mengenai Media Sosial dan Keselamatan Negara oleh Encik Muhamad Hafiz b. Rahim daripada Bahagian Geraksaraf dan Perangsaraf, taklimat Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 oleh Encik Khairil Hilmi b. Mokhtar daripada NASTRAC dan tajuk “Strategi Keselamatan Siber Negara” oleh Puan Sharifah Rashidah bt. Syed Othman, pegawai di National Cyber Security Agency (NACSA).

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …