KONSEP MEET AND GREET PDRM MPV DAN URB IPD TIMUR LAUT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perkongsian Kemakmuran yang Adil, Menyeluruh & Berkekalan)

Program Konsep ‘Meet and Greet’ adalah salah satu platform yang dilakukan oleh PDRM bagi menjalinkan kerjasama dengan mendekati setiap golongan masyarakat. Program ini diadakan bertujuan untuk:

  • memperkasakan pendekatan dan konsep Omnipresence melalui kehadiran Pihak Polis dalam usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat setempat;
  • mendapatkan maklumat jenayah dari orang ramai bagi memastikan Pihak Polis dapat mengatur gerak dan memproses sebarang maklumat yang di terima dari orang ramai;
  • bertemu dengan masyarakat dalam menerangkan konsep Stop & Talk dan Meet And Greet sambil memberi panduan kepada masyarakat bagaimana mereka boleh bekerjasama dengan Pihak Polis bagi mengenal pasti kegiatan jenayah di kawasan mereka; dan
  • menjadikan orang ramai menjadi mata dan telinga kepada Pihak Polis bagi sama sama membanteras jenayah di daerah Timur Laut.

Program ‘Meet and Greet’ ini wajar diteruskan kerana ia merupakan salah satu medium yang mampu mengeratkan hubungan di antara Polis dengan masyarakat disamping dapat menunjukkan kehadiran pihak berkuasa di tempat tumpuan orang ramai.

Melalui program sebegini, pelbagai maklumat dan risalah berkaitan keselamatan seperti tip pencegahan jenayah dapat diedarkan kepada masyarakat.

 

Sumber:

Laman Facebook IPD Timur Laut

Artikel/Berita Terkini

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …