SOLAT JEMAAH: PULAU PINANG BELUM CADANG WAJIBKAN DOS PENGGALAK

DKN 2021-2025

TERAS 8 : KESELAMATAN RAKYAT (PENGURUSAN PANDEMIK & KESELAMATAN KESIHATAN)

Negeri Pulau Pinang belum bercadang untuk mewajibkan hanya individu yang sudah lengkap divaksinasi dan menerima suntikan dos penggalak dibenarkan menunaikan solat jemaah di masjid atau surau.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman pada 25 Februari 2022 menyatakan pada ketika ini, Kerajaan Negeri mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti dikeluarkan sebelum ini melibatkan aktiviti masjid dan surau, selain SOP ditetapkan di bawah Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN). Namun, sebarang perubahan adalah tertakluk kepada kemas kini daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sumber berita:

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …