“ADIK TAKUT KITA TENGGELAM”

RANTAU PANJANG : “Abah, air akan naik lagi ke? Adik takut kita tenggelam”. Soalan yang keluar dari mulut seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun,  Irdina Syaza Roslan, anak kecil kepada Roslan Deraman, 40.

Roslan berkata hampir keseluruhan kawasan di penempatannya di Kampung Gual Periok dinaiki air sehingga menyebabkan banyak rumah hanya tinggal bumbung sahaja.

Anak-anak kecil mula menangis ketakutan, warga emas resah memikirkan nasib mereka kerana bimbang banjir tidak terkawal.
Ada yang samakan keadaan ini seperti bah yang berlaku di Kuala Krai pada 2014 kerana rumah yang didiami lebih 70 tahun tidak pernah dilanda banjir kini airnya mencecah paras lebih 0.5 meter.

Semoga mangsa-mangsa banjir dapat dibawa ke tempat yang selamat dan dipermudahkan urusan.

 

 

SUMBER : MY METRO