LABUAN TETAP SEMANGAT KIBAR BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN

WP LABUAN – Walaupun kebanyakan Program Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di WP Labuan telahpun ditangguhkan akibat Covid-19, namun warga Labuan tetap bersemangat mengibarkan Bendera Wilayah Persekutuan sepanjang bulan Februari ini.

Bendera Wilayah Persekutuan masih berkibar megah di serata pulau ini termasuklah di pusat bandar, premis perniagaan, jabatan kerajaan, kawasan kampung, sekolah, dan jalanraya. Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan dilancarkan pada 3 Februari lalu oleh Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussien.

Diharapkan situasi Covid-19 di WP Labuan beransur pulih dan warganya dapat menjalankan program-program serta aktiviti-aktiviti yang tertangguh. Kita jaga Labuan!

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …