BANJIR KELANTAN : MANGSA BANJIR MENCECAH 8,464 SETAKAT 8.21PAGI

KOTA BHARU – Banjir di Kelantan bertambah buruk apabila seramai 8,464 mangsa telah dicatatkan pada jam 8.21 pagi ini.

Ia melibatkan 2,754 keluarga yang ditempatkan di 70 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri.

Menurut laporan laman sesawang InfoBencanaBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jajahan yang paling ramai mencatatkan pemindahan mangsa banjir tertinggi di negeri ini ialah Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, dan Pasir Puteh.

Machang dan Kota Bharu menjadi jajahan terbaharu yang turut terkesan dengan banjir.

 

Sementara itu, portal ebanjir.kelantan.gov.my merekodkan tiga sungai masih melepasi paras amaran iaitu Sungai Kusial (Tanah Merah), Sungai Golok di Jenob (Tanah Merah) dan Sungai Golok (Rantau Panjang)

 

 

SUMBER : SINAR HARIAN & INFO BENCANA JKM

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …