ABANG ‘VIVA’ KE TERENGGANU

AYER KEROH 27 Dis – Hero Banjir, Azwan Omar, 29 akan memulakan perjalanannya ke Terengganu dalam misinya membantu mangsa banjir di negeri itu.

Menerusi hantaran yang ditularkan di media sosial, ‘Abang Viva’ menyatakan dia sedang bersiap bagi meneruskan perjalanannya ke Terengganu.

“Dikhabarkan Abang Viva dalam persiapan ke Terengganu. Doakan beliau selamat sampai dan dipermudahkan urusan untuk membantu mangsa banjir di sana. Rakyat Jaga Rakyat,” kata hantaran itu.

Disember lalu, populariti nama ‘Abang Viva’ mencetus fenomena seluruh negara sebagai wira yang berbakti membantu mangsa banjir dan terus menerima pujian sejak tular di media sosial.

Anak jati kelahiran negeri ini sanggup datang dari Melaka bersama bot yang diikat pada kenderaannya demi membantu mangsa di Lembah Klang.

Kudrat pemuda itu terus diberi perhatian dan pujian masyarakat apabila beliau meneruskan perjalanannya ke Pahang bagi meneruskan misi persendiriannya itu membantu mangsa bah di negeri tersebut.

 

Sumber: Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …