MUSIBAH KEBAKARAN MEMUSNAHKAN 2 BUAH RUMAH SEKELIP MATA DI WP LABUAN

WP LABUAN – MAIWP Labuan melalui skuad musibah baitulmal turun menyantuni mangsa musibah kebakaran di Kampung Lajau awal pagi semalam. Kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 5.23 pagi itu telah memusnahkan 2 buah rumah dan semua harta benda . Hasil siasatan di lapangan menunjukkan tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan. Pada masa yang sama, mangsa tinggal bersama adik dan rakannya namun semasa kejadian berlaku kesemua isi rumah masih berada di laut seperti kebiasaannya. Skuad Musibah menyerahkan kit musibah berbentuk barangan kelengkapan Mdiri berjumlah RM380 setiap set kepada mangsa. Pihak MAIWP Labuan juga akan menyalurkan bantuan musibah berbentuk kewangan dengan kadar segera bagi meringankan beban yang ditanggung oleh semua mangsa yang terlibat.

   

Sumber: MAIWP LABUAN

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …