PROGRAM BAZAAR KEBUN KOMUNITI WILAYAH PERSEKUTUAN

YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar telah berkesempatan meninjau Program Bazaar Kebun Komuniti Wilayah Persekutuan bertempat di perkarangan Kebun Komuniti 4 (KK4), Presint 14, Putrajaya.

Program Pertanian Bandar Wilayah Persekutuan (PPBWP) merupakan salah satu program komuniti yang dijalankan oleh penduduk di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya (WPPj), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Wilayah Persekutuan Labuan (WPL).

Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi akan memastikan kesinambungan projek Pertanian Bandar di Wilayah Persekutuan diteruskan dengan penambahbaikan kepada pertanian moden yang dapat menjana hasil yang lebih baik dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh warga wilayah untuk menjana pendapatan serta mengurangkan kos sara hidup.

 

Sumber : FB Perbadanan Putrajaya

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …