CCTV PENGECAMAN WAJAH KAWAL KADAR JENAYAH DI MELAKA

BEMBAN 22 Feb – Inisiatif ‘Smart City Policing’ bakal mengurangkan beban kerja pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, menerusi inisiatif itu pihaknya akan mengaplikasikan teknologi ‘face recognition’ (pengecaman wajah) yang memudahkan lagi proses mengesan, menjejak dan mengelakkan penjenayah daripada berlaku.

Katanya, bagi tujuan itu Polis Melaka bekerjasama dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

“UTeM memiliki teknologi pengecaman wajah, manakala kerjasama dengan PBT pula membabitkan kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pentadbiran masing-masing.

“Maknanya kita mempunyai data jenayah dan kita akan gunakan sistem Revolusi Indusri 4.0 (IR4.0) menerusi face recognition itu untuk tindakan pantas polis.

“Walaupun individu yang wajahnya dirakam menerusi CCTV itu tidak melakukan jenayah namun jika dia ada rekod jenayah kita akan ambil tindakan cegah jenayah, ” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Bemban di sini yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Razali Abu Samah dan Ketua Polis Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan.

Menurutnya, bagi peringkat permulaan, projek berkenaan akan dilaksanakan di lokasi tumpuan pelancong Jonker Walk, di daerah Melaka Tengah pada Mac ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, secara teorinya berdasarkan piawaian standard Polis Antarabangsa (Interpol) bagi nisbah penduduk dan polis iaitu 1:250, pasukan polis di negara ini kekurangan tenaga manusia untuk mengawal keselamatan penduduk.

Justeru katanya, penugasan kepolisan tidak lagi menumpukan kepada konsep konvensional tetapi diselarikan mengikut arus pemodenan dan teknologi IR4.0.

“Memandangkan Melaka adalah negeri pelancongan, jadi kita cuba melaksanakan projek itu dan manfaatkan penggunaan teknologi bagi membangunkan bandar selamat berkonsepkan pelancongan.

“Dalam setahun kira-kira 15 juta pengunjung melawat Jonker Walk dan jika inisiatif itu berjaya dilaksanakan di kawasan itu, kita akan perluaskan ke seluruh negeri Melaka,” katanya.

Sumnber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …