KAWALAN KESELAMATAN DAN PEMATUHAN SOP SEMPENA FESTIVAL PERARAKAN CHINGAY 2022

JOHOR BAHRU, 23 Februari 2022 – Festival Perarakan Chingay 2022 telah berlangsung bermula pada 19 hingga 22 Februari 2022. Sehubungan dengan perarakan Chingay tersebut yang berlangsung selama 4 hari, beberapa jalan utama akan ditutup secara berperingkat. Pada tahun 2022 ini, Festival Perarakan Chingay diadakan secara berskala kecil mengikut SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Perpaduan Negara bagi mengekang penularan pandemik Covid-19. Semua pihak yang terlibat perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Pihak PDRM telah menjalankan Op Pematuhan SOP sepanjang berlangsungnya Festival Chingay tersebut dan terus meningkatkan lagi kawalan keselamatan dan pemantauan pematuhan SOP bagi mencegah berlakunya perkara tidak diingini dan perlanggaran SOP yang telah ditetapkan. Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …