PERASMIAN BALAI POLIS BEMBAN JASIN MELAKA

MELAKA 22 Febuari 2022 – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Abdul Majid Bin Mohd Ali hari ini merasmikan Balai Polis Bemban Jasin, yang berlangsung di perkarangan balai, di sini.
Balai Polis Bemban yang mula beroperasi sejak tahun 1981 telah dibina di atas tanah Lot 44 seluas 3 rod 31.7 Pol, meliputi prasarana seperti rumah Ketua Polis Balai, (kuarters Polis, sebuah rumah enjin, sebuah pound yang dibina pada tahun 1962 serta lain-lain.
Majlis yang berlangsung lebih daripada dua jam itu dimulakan dengan penyampaian ucapan dan Perasmian serta memperkenalkan Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Pegawai-Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Balai Polis Bemban oleh Ketua Polis Daerah Jasin DSP Mispani Bin Hamdan.
Turut menjadi tumpuan dalam majlis tersebut adalah persembahan silat daripada Silat Gayong Pusaka Melaka yang diketuai oleh Mahaguru Prof. Madya Mohd Arif b.Hanafiah.
Selesai majlis, YDH DCP Datuk Wira Abdul Majid bin Mohd Ali Ketua Polis Melaka diiringi oleh YDH SAC Datuk Razali Bin Abu Samah Timbalan Ketua Polis Melaka telah memotong reben perasmian di pintu Balai Polis Bemban serta menandatangani Plak dan seterusnya menanam pokok Melaka dan pokok Teja sebagai simbolik perasmian.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bemban, Pegawai Daerah Jasin, YDP Majlis Perbandaran Jasin, Pegawai JKR Jasin, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Melaka, YBhg Datin Wira Nornisah Binti Kamis, Naib Pengerusi (PERKEP) Melaka, Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua Polis Daerah dan Mantan KPB Bemban.
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Balai Polis Bemban atas perasmian balai tersebut. Semoga kalian terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Sumber : Facebook Polis Melaka

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …