KUALA TERENGGANU, 13 Februari 2022 – Dalam kalendar aktiviti perlancongan di Negeri Terengganu, pada 15 Februari 2022 ini bertempat di persekitaran kawasan Jambatan Angkat Negeri Terengganu (Terengganu Drawbridge) akan dilaksanakan satu majlis iaitu Upacara Penutup Kursus Asas Pasukan AturGerak Cepat 10 Briged (PARA) Siri 2/2021. Sepanjang berlangsungnya upacara ini, orang ramai akan turut disajikan dengan beberapa pertunjukkan dari Kursus Asas Pasukan AturGerak Cepat 10 Briged (PARA) seperti Terjun Bebas, Fast Roping, Tarian Para, Perbarisan Pemakaian Beret Merun dan Sayap Berdarah.
Pasukan 10 Briged Para adalah pasukan elit payung terjun yang setanding dengan lain-lain pasukan payung terjun di luar negara, misalnya Delta Force Amerika Syarikat. Anggota 10 Para memakai beret merun melambangkan entitinya sebagai pasukan elit. Beret Merun yang dipakai oleh pasukan elit ini juga dikenali sebagai Pegasus @ (APAC)=Asas Pasukan Aturgerak Cepat. Pegasus bermaksud kuda terbang iaitu seekor kuda yang mempunyai sayap dan banyak terdapat di dalam cerita mitos masyarakat barat.
Sepanjang persediaan bagi upacara ini dan aktiviti latihan tentera, beberapa jalan utama akan ditutup bermula pada 13 Feb sehingga 15 Feb 2022. Kerajaan Negeri Terengganu amat mengalukan kehadiran pengunjung dan penduduk sekitar untuk menyaksikan acara yang dijalankan bermula jam 7 pagi sehingga 11 pagi. Jangan lepaskan peluang ini untuk melihat aktiviti ketenteraan yang jarang-jarang dilaksanakan di negeri ini. Yang penting, SILA PASTIKAN ANDA MEMATUHI SOP YANG DITETAPKAN.
#kitajagakita
#MKNTerengganu