TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM) MENERIMA EMPAT HELIKOPTER LEONARDO AW 139 BAGI MENGGANTIKAN HELIKOPTER SIKORSKY S-61 NURI

Butterworth, 11 Februari 2022 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima empat helikopter Leonardo AW 139 bagi menggantikan helikopter Sikorsky S-61 Nuri yang telah ditamatkan operasi, tiga tahun lalu. Sehingga kini, tiga daripada empat helikopter itu sudah diterima dan sebuah lagi dijadualkan pada Mei ini.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, helikopter itu diperoleh secara sewaan daripada sebuah firma swasta sebagai langkah jangka pendek. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, sewaan helikopter AW 139 ini dilaksanakan atas beberapa sebab antaranya menampung penugasan helikopter Nuri yang telah tamat operasi (selepas 50 tahun penggunaan) selaras dengan keputusan Kabinet pada 7 Ogos 2019. Beliau turut menjelaskan bahawa helikopter AW139 ini adalah bagi mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan helikopter EC725AP yang mana kabinet pada 22 Januari 2020 bersetuju memilih helikopter AW 139 menggunakan kaedah jangka pendek secara sewaan dan menerusi kaedah jangka sederhana untuk perolehan baharu. Manakala untuk jangka panjang, pembelian helikopter baru bagi menggantikan NURI telah berada dalam perancangan mengikut spesifikasi yang ditentukan sendiri oleh end user iaitu TUDM.

Jelasnya lagi, AW 139 dipilih kerana kemampuan pesawat itu untuk melaksanakan operasi yang memberikan kepentingan taktikal, operasional dan strategik kepada TUDM serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

 

Sumber berita:
Harian Metro

Sumber berita dan gambar:

Laman Facebook Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein 

#KeluargaMalaysia

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …