PENYAMPAIAN BANTUAN KEBAJIKAN PASCA BANJIR 2021 ANAK KELANTAN DI PERANTAUAN

 

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar bersama-sama kepimpinan Kerajaan Negeri turun menyampaikan bantuan kebajikan pasca banjir 2021 kepada anak-anak Kelantan di perantauan bertempat di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Penyampaian bantuan ini melibatkan lebih 600 penerima daripada ketua keluarga yang terjejas banjir luar jangka di Lembah Klang pada Disember yang lepas.
Sebelum ini Kerajaan Negeri telah menghulurkan bantuan segera kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Pahang dan turut melancarkan misi sukarelawan banjir ke negeri – negeri tersebut.

Semoga bantuan banjir ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terjejas yang masih lagi dalam pemulihan pasca banjir.


SUMBER : FB DATO’ AHMAD YAKOB

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …