KUALITI UDARA DI BEBERAPA KAWASAN BERHAMPIRAN TAPAK PELUPUSAN SAMPAH PULAU BURUNG BERTAMBAH BAIK

Pulau Pinang, 8 Februari 2022 – Penduduk Kampung Kebun Baru yang mengosongkan kediaman mereka selepas berlaku pencemaran udara ekoran kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung, 12 Januari lalu dibenarkan kembali ke rumah masing-masing mulai 7 Februari 2022.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Seberang Perai Selatan dalam kenyataan memaklumkan bahawa kebenaran diberikan berdasarkan cerapan terkini dan ulasan teknikal daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang yang mendapati kualiti udara di sekitar kawasan kampung berkenaan ditahap semakin baik.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab memaklumkan pemantauan dilakukan sejak dari awal menggunakan peralatan pengukur gas seperti ‘CEREX’ di Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru serta satu stesen utama yang mengukur bacaan IPU di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Byram. Dalam perkembangan lain, Pengarah JAS Pulau Pinang turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengeluarkan notis kepada pihak syarikat konsesi PLB Terang Sdn. Bhd. untuk menambah baik beberapa perkara dalam pengurusan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah Pulau Burung.

Penduduk dikawasan sekitar daerah yang terlibat dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan kesihatan diri. Sekiranya bergejala seperti sesak nafas dan tidak sihat dinasihatkan terus mendapatkan rawatan di klinik-klinik dan hospital berhampiran,

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …