PENINGKATAN KES COVID-19. APAKAH NILAINYA DI SISI ANDA?

 

5720 KES! 7234 KES! 9117 KES! 11034 KES!

APAKAH NILAINYA DI SISI ANDA?

ALPAKAH KITA?

Jika dilihat kepada situasi pergerakan dan pematuhan sop rakyat, dan dibandingkan dengan peningkatan kes positif yang begitu membimbangkan, seolah-olahnya ia tidak mempunyai makna kepada rakyat.

Rakyat seperti sudah tidak mengendahkan lagi ancaman penularan virus Covid-19 – tiada lagi pematuhan SOP yang ketat. Di kedai-kedai makan, di majlis-majlis keramaian, dan banyak tempat yang lain lagi jelas berlaku perlanggaran SOP. Seolah-olahnya virus ini tidak lagi mendatangkan ancaman kepada kita.

 

Dimana silapnya sehinggakan kes positif mencanak naik???

Siapa yang harus dipersalahkan???

Adakah rakyat? Ataupun penguatkuasaan yang lemah???

 

Jika kita asyik menyalahkan pihak lain, maka “yang menang” tentulah Covid-19 itu sendiri. Jawapannya yang tepat ialah diri kita sendiri. Kita patut menyalahkan diri kita. Sikap sambil lewa kita yang tidak mematuhi SOP menyebabkan punca mencanaknya angka positif Covid-19 di negara kita.

MARILAH KITA BERGANDING BAHU BERSAMA-SAMA MEMATUHI SOP DEMI KESELAMATAN KITA BERSAMA DARI ANCAMAN COVID-19.

 

Nukilan, insan sedih

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …