LARI TINGGALKAN KAIN BATIK BERNILAI RM70,400

 

TUMPAT – Seorang penyeludup berjaya meloloskan diri dengan meninggalkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser yang sarat membawa kain batik bernilai RM70,400 selepas kegiatannya itu berjaya dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di hadapan sebuah rumah jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga, Asisten Superintendan Mohd Rudzuan Ahmad memaklumkan MPV itu ditahan pada jam 11 pagi selepas anggotanya mengekori sejauh 30 kilometer (km) apabila mendapati MPV tersebut dipandu dalam keadaan yang mencurigakan.

Pemeriksaan ke atas MPV itu telah menjumpai 22 bungkusan guni mengandungi kain batik dan semua rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan siasatan awal mendapati kain-kain batik itu diseludup masuk secara tidak sah menggunakan pangkalan haram untuk tujuan pasaran tempatan.

 

SUMBER : SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …