HANYA PERALATAN SEMBAHYANG TERBAKAR DI KUIL KEK LOK SI

GEORGE TOWN, 4 Januari 2022 – Untuk makluman orang awam kebakaran yang berlaku di Kuil Kek Lok Si tengah malam semalam hanya melibatkan alat perkakasan sembahyang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata kebakaran dipercayai berlaku pada 12.50 tengah malam itu tidak melibatkan struktur bangunan terdapat di kuil tersebut seperti yang tular kononnya bangunan rumah ibadat berkenaan terbakar.

“Apabila pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian mendapati terdapat kebakaran melibatkan alat perkakasan sembahyang di luar kuil dan ia tidak melibatkan struktur. Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran tersebut.”

Mohon orang awam tidak menyebarkan maklumat palsu dan merujuk kepada sumber yang sahih bagi mendapat berita yang tepat.

#KeluargaMalaysia

Sumber berita:
BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI DI SICC 17 FEBRUARI

JAFRY KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam …

EDAR SERBUK EKSTASI, KETAMIN LELAKI DITAHAN JSJN SABAH

TUMPAS: Rampasan dan tangkapan dadah direkodkan JSJN Sabah. PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dan ketamin terbongkar …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …