PELANCARAN KEMPEN KIBAR BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN 2022 PERINGKAT WP KUALA LUMPUR

YB Dato’ Sri Dr Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan telah merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan 2022 peringkat WP Kuala Lumpur pada 03 Februari 2022.

Majlis pelancaran ini telah diadakan di 3 lokasi pusat membeli-belah iaitu Pavilion, Suria KLCC dan Mid Valley. Kesmua tetamu yang terlibat pada majlis ini telah dibawa menaiki bas Hop On Hop Off dan bas GOKL ke lokasi tersebut.

Di samping itu juga, YB Menteri bersama dif jemputan yang lain juga turut meluangkan masa mengedarkan bendera Wilayah Persekutuan kepada pengunjung yang telah hadir di pusat membeli-belah tersebut.

Turut hadir bersama adalah YBhg Datin Seri Shamsiah binti M. Yassin, Isteri kepada YB Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Seri Hjh Rosidah Bin Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

 

Sumber : FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚           …