UJIAN SARINGAN HIV PRA PERKAHWINAN BAKAL PENGANTIN

PULAU PINANG, 4 Februari 2022 – Kepada semua bakal pengantin di Negeri Pulau Pinang, sila ambil maklum mengenai keperluan menjalani Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan. Ujian tersebut boleh dilakukan di semua Klinik Kesihatan Kerajaan di negeri ini. Bagi memastikan ujian saringan berjalan lancar, bakal pengantin disarankan menghubungi Klinik Kesihatan yang berhampiran untuk slot temu janji ujian atau mendapatkan temu janji melalui aplikasi Book Doc.

Untuk makluman, Borang Permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan (BORANG KKM/HIV/SPP01/09 pind.01/2020) boleh dimuat turun dan dicetak dengan mengimbas QR Code seperti di bawah atau melalui pautan bit.ly/hivpraperkahwinan. Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang awam boleh menghubungi Klinik Kesihatan yang berdekatan atau Cawangan HIV/STI/Hep.C, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) di talian 04-2625533.

#KeluargaMalaysia

Sumber berita:

Laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …