SEMBILAN INDIVIDU TERLIBAT SINDIKET PENIPUAN DALAM TALIAN DITAHAN MENERUSI EMPAT SERBUAN DI KEDAH DAN PULAU PINANG

Pulau Pinang, 24 Januari 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan (8) lelaki dan seorang (1) wanita yang terbabit sindiket penipuan dalam talian di Kedah dan Pulau Pinang pada hari Khamis yang lepas. Dalam sidang akhbar yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada 23 Januari 2022, YDH Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kesemua individu berusia antara 19 hingga 51 tahun itu ditahan dalam empat serbuan yang dilakukan secara serentak oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada jam 1.15 petang. Mereka akan direman sehingga Selasa ini dan polis sedang berusaha mengesan dua lelaki berusia 38 dan 41 tahun yang dipercayai turut terlibat dalam kes berkenaan.

Menurut YDH Ketua Polis Kedah, dalam serbuan itu polis turut merampas dua komputer riba, 21 telefon bimbit pelbagai jenama, tiga kenderaan, 18 buku catatan, empat dokumen, tiga kad kredit pelbagai bank dan wang tunai sebanyak RM14,100. Tahniah PDRM!

#KeluargaMalaysia

Sumber berita dan gambar:
Facebook Polis Kedah

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut