POLIS LEPAS TIGA TEMBAKAN, RAMPAS DADAH RM27.3 JUTA. TAHNIAH BATALION 9 PGA!

PASIR MAS, 24 Januari 2022 – Polis Kelantan telah  merampas Syabu, Ganja dan Pil Kuda dianggarkan bernilai lebih RM27.3 juta dalam kejadian di Kampung Padang Embun.
Jumlah itu membabitkan 300 kilogram (kg) Syabu bernilai RM10.8 juta, Ganja seberat 200 kg berjumlah RM500,000 dan 1.6 juta biji Pil Kuda dengan nilai harga RM16.6 juta.
Hasil pemeriksaan di dalam Toyota Hilux menemukan semua dadah terbabit yang diletakkan di bahagian tempat duduk penumpang serta ruangan menyimpan barangan di belakang kenderaan.
Rampasan itu adalah kejayaan hasil kerjasama Batalion 9 Pasukan Gerakan Am bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …