PROJEK TERBENGKALAI TAMAN SRI AMAN LAGENDA AKAN DISIAPKAN – LPM

PROJEK Taman Seri Aman Lagenda, Masjid Tanah terbengkalai sejak 2017.

AYER LIMAU 21 Jan – Lembaga Perumahan Melaka (LPM) berjanji memastikan projek Taman Seri Aman Lagenda, di sini yang terbengkalai sejak empat tahun lalu mampu disempurnakan.

Pengarah Eksekutifnya, Mohd Salleh Hamidom berkata, LPM akan bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bersama pemaju untuk memastikan projek itu disiapkan.

“LPM memanggil pemaju, jabatan atau agensi teknikal yang terbabit untuk mengenal pasti punca kelewatan projek itu disiapkan dan menyelaras usaha pemulihannya.

“Dengan kerjasama KPKT dan pelbagai agensi, kami akan memastikan projek Taman Seri Aman Lagenda mampu disiapkan oleh pemaju dan diserahkan kepada pembeli,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, katanya, satu mesyuarat khas mengenai perkara berkenaan yang dipengerusikan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan akan diadakan di sini pada 27 Jan ini.

LPM adalah agensi milik kerajaan negeri yang terbabit dalam industri pembinaan perumahan pelbagai jenis, terutama yang
bertujuan membantu rakyat untuk memiliki rumah sesuai dengan pendapatan masing-masing.

Sementara itu, wakil pembeli, Intan Nurfarhana Kamarolzaman, 32, berkata beliau dan seorang lagi wakil pembeli turut dijemput menghadiri mesyuarat berkenaan bagi mengikuti sendiri perkembangan kaedah penyelesaian masalah itu.

“Alhamdulillah, kami amat bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana sudi membantu menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan empat tahun.

“Kami ingin mendengar sendiri apakah masalah dihadapi pemaju hingga menyebabkan kami sekadar melihat rumah yang terbengkalai sedangkan kami sepatutnya sudah menghuninya dua tahun lalu,” katanya.

Dia berkata rumah berkenaan bernilai antara RM201,000 hingga RM240,000 seunit dan berfungsi sebagai pelengkap Taman Seri Aman sedia ada yang bersebelahannya dan sudah dihuni kira-kira 3,000 orang sejak kira-kira 15 tahun lalu.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …