PROGRAM ‘MEET AND GREET’ BALAI POLIS PANTAI

PROGRAM ‘MEET AND GREET’ BALAI POLIS PANTAI, JALAN PANTAI BAHARU, KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR – SM Nur Emilla Caroline binti Abdullah, Ketua Unit Kolaborasi Sumber Balai Polis Pantai bersama Sjn Mazlan bin Abd Hamid, Kpl Norhuda binti Selamat dan L/kpl Mohd Nor Shahril bin Abd Wahid telah menjalankan Program ‘Meet And Greet’ disamping mengedar risalah e-Reporting dan Pencegahan Jenayah di sekitar Pekan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur pada 12 Januari 2022.

Disamping itu juga, kehadiran Polis di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai khususnya di kawasan premis perniagaan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya kerjasama antara masyarakat dengan PDRM dalam mencegah dari berlakunya kejadian jenayah. Pelbagai maklum balas yang positif diterima daripada pengunjung yang ditemui. Program ini telah berjalan lancar dan telah berakhir dengan jayanya pada jam 11.30 pagi.

#StaySafe

#KitaJagaKita

#ThinkBeforeActing

#JustDoaUsahaIkhlasTawakal

#balaipolispantai

#ipdbfjanuari2022

 

SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …