ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA SPK PEDAS DAN UKJR JPJ NEGERI SEMBILAN SERTA KERJASAMA DARI AADK DAERAH REMBAU

 

Advokasi dilakukan oleh anggota Stesen Penguatkuasa Pedas, Negeri Sembilan dan Unit Keselamatan Jalan Raya (UKJR) JPJ Negeri Sembilan.

Advokasi ini dijalankan adalah bagi memastikan supaya keselamatan pengguna jalan raya sentiasa diberi keutamaan khusus, disamping berusaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
Sesi advokasi dimulakan dengan khidmat nasihat mengenai keselamatan pemakaian topi keledar kepada penunggang motosikal dan juga beberapa aspek keselamatan apabila menunggang motosikal.

Di samping itu, advokasi turut menekankan mengenai kesalahan jalan raya yang sering dilakukan oleh penunggang motosikal seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, ubah suai kenderaan dan juga pemakaian topi keledar yang tidak menepati ciri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan.

Selain itu, panduan keselamatan dan penjagaan tayar kepada pengguna jalan raya turut ditekankan agar memastikan tayar yang digunakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta mengikut piawaian SIRIM.

Melalui advokasi tersebut juga, penerangan mengenai kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam kenderaan persendirian diberikan penekanan agar bayi dan kanak-kanak selamat dan terhindar daripada mengalami kecederaan yang serius sekiranya berlaku kemalangan. Dalam masa yang sama risalah mengenai kerusi kanak-kanak (CRS) turut diedarkan kepada pemandu-pemandu yang membawa anak-anak kecil.

   

Sumber : FB JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM LOKAKARYA MEMUGAR: MEMPERKASA BELIA GEN-Z 2026

Program Lokakarya Memugar: Memperkasa Belia Gen-Z 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 hingga 11 Oktober 2026 bertempat di Pusat …

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …