PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN THAIPUSAM DI PULAU PINANG

George Town, 7 Januari 2022 – Satu sesi tinjauan ke lokasi sambutan perayaan Thaipusam di Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 6 Januari 2022 (Khamis) bertempat di Kuil Thaneermalai Murugan, Jalan Kebun Bunga, George Town. Sesi tinjauan yang dihadiri oleh YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara bersama pegawai-pegawai daripada agensi Persekutuan dan Negeri serta wakil kuil yang terlibat adalah bertujuan untuk membincangkan kesesuaian dan persiapan tempat sambutan perayaan Thaipusam di Negeri Pulau Pinang pada tahun ini.

Dalam perkembangan lain, satu Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Perayaan Thaipusam tahun 2022 telah diadakan pada hari ini bertempat di KOMTAR, Pulau Pinang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan dihadiri oleh wakil-wakil agensi Persekutuan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang. Turut hadir adalah YB RSN Rayer, YB Satees A/L Muniandy dan wakil daripada Kuil Arulmigu Balathandayuthapani serta Kuil Nattukkottai Chettiar, Pulau Pinang.

Mesyuarat diadakan untuk menyelaraskan prosedur operasi standard (SOP) sambutan perayaan Thaipusam yang akan dimaklumkan kepada orang awam kelak. Sehubungan itu, orang awam diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang berkuatkuasa agar rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan.

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …