PROGRAM ‘TALK TO US’ IPD PUTRAJAYA

PUTRAJAYA, 5 JANUARI 2021 – Program ‘Talk to Us’ peringkat IPD Putrajaya telah diadakan bertempat di Lobi Galeria PjH, Presint 4 Putrajaya. Program ini bertujuan mendekati masyarakat bagi mendapatkan maklumbalas segera tentang keberkesanan perkhidmatan dan program yang dianjurkan dalam mendidik masyarakat berkenaan pencegahan jenayah dibawah inisiatif ‘Modern Policing’ Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

 

 

Memupuk dan menyemai semangat persefahaman di antara PDRM dengan masyarakat sebagai satu Sahabat Pencegahan Jenayah. Dengan pendekatan program ini, masyarakat akan lebih terbuka dalam membantu pihak polis menyalurkan maklumat berkaitan jenayah atau memaklumkan sebarang aktiviti yang mencurigakan di kawasan perumahan mereka.

Program ini juga bertujuan memastikan masyarakat sentiasa peka dengan taktik-taktik terbaru yang digunakan oleh penjenayah. Risalah tips pencegahan jenayah turut diedarkan semasa program dijalankan.

#talktous

#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada

#ipdptjjanuari2022

#jomlikefbPolisKL

#jomlikefbIpdputrajaya

 

SUMBER: FB IPD PUTRAJAYA https://www.facebook.com/IPDPutrajaya1

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …