MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN SEBUAH BOT KEPADA BALAI POLIS SRI HARTAMAS

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN SEBUAH BOT OLEH YB AHLI PARLIMEN SEGAMBUT KEPADA BALAI POLIS SRI HARTAMAS

IPD Brickfields, 3 JANUARI 2022 – YDH ACP Amihizam bin Hj. Abdul Shukor, Ketua Polis Daerah Brickfields telah hadir ke majlis sumbangan sebuah bot bersama kelengkapan jaket dan topi keselamatan oleh YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Ahli Parlimen Segambut di perkarangan Balai Polis Sri Hartamas.
Turut hadir, ASP Rizal Bin Mohd Dan, Ketua Polis Balai Sri Hartamas. Majlis ini turut menjadi sesi suai kenal antara KPD Brickfields dengan YB Ahli Parlimen Segambut. KPD Brickfields mewakili seluruh warga IPD Brickfields mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Ahli Parlimen Segambut di atas sumbangan ini serta diharap dapat mempertingkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan Balai Polis Sri Hartamas khasnya IPD Brickfields kepada masyarakat terutama pada musim banjir bagi tujuan menyelamat.
SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …