AGIHAN MAKANAN BERMASAK KEPADA MANGSA BANJIR PERINGGIT

2 Januari 2022 – Skuad Agihan Zakat (SAZ) Negeri Melaka kali ini turun menyantuni bersama-sama JPKK Peringgit untuk mengagihkan makanan kepada penduduk Taman Rumah Awam Peringgit. Penduduk yang ditemui menyatakan mereka belum mahu berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kerana mahu menjaga keselamatan barangan di dalam rumah dan sedang berwaspada sekiranya cuaca masih lagi hujan sehingga ke tengah malam nanti.
Kebanyakan rumah penduduk yang dimasuki air juga disebabkan paras air sungai berhampiran yang tinggi akibat hujan lebat sejak malam tadi.
Agihan makanan yang berjaya diagihkan hampir jam 9 malam itu diharap sedikit sebanyak dapat membantu penduduk di kawasan terbabit dalam membuat urusan menyelamatkan harta benda serta bersedia dalam sebarang bentuk kemungkinan menghadapi air pasang besar dan hujan yang masih belum berhenti.
Semoga rakyat negeri ini yang dilanda banjir di beberapa kawasan dapat mengharungi ujian ini dengan tenang dan sabar serta dapat dipermudahkan segala urusan.
Sumber: FB MAIM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …