KELANTAN BERALIH KE FASA 4 PPN HARI INI

KOTA BHARU, 03 Januari 2022 – Seluruh warga Kelantan menyambut baik keputusan kerajaan yang sebelum ini berada di Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini telah beralih ke Fasa Empat PPN berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pada 31 Disember 2021 yang lalu, beliau memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Namun dalam masa yang sama, beliau juga menyeru kepada orang ramai agar tidak berasa terlalu selesa kerana COVID-19 masih menjadi satu ancaman kepada keselamatan dan kesihatan terutama dengan penularan varian Omicron.

 

 

 

#kitajagakita

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …