235 GELANDANGAN TELAH DITAWARKAN PEKERJAAN

Seramai 235 gelandangan telah ditawarkan pekerjaan yang sesuai bagi mengubah taraf kehidupan dan mengembalikan mereka ke dalam sistem masyarakat.

Timabalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Kuala Lumpur dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengambil insiatif untuk berkerjasama dengan beberapa syarikat swasta dan menawarkan peluang pekerjaan kepada gelandangan.

“Gelandangan yang diselamatkan ini diberi peluang untuk bekerja dalam sektor perkilangan, pembuatan, makanan, peruncitan dan perkhidmatan melalui Program Penempatan Pekerjaan dan proses temuduga dengan majikan telah dijalankan sejak Mei 2020 di Pusat Sementara Gelandangan.

“Antara syarikat yang mengambil gelandangan untuk bekerja adalah Top Glove, Hartalega NGC Sdn Bhd, Tesco, Adabi Consumer, Harumi Brands yang merupakan syarikat besar yang telah melibatkan diri untuk membantu golongan ini,

“Selain itu, terdapat syarikat kecil, restoran dan pusat-pusat jualan barangan harian dan gerai-gerai makanan yang turut terlibat membantu gelandangan dengan diberi pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Senator Nuridah Md Salleh di Dewan Negara pada Selasa. Katanya, KWP bersama-sama DBKL dan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) sentiasa komited dalam membantu golongan gelandangan di ibu kota supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Kerajaan telah mewujudkan Pusat Transit Gelandangan di Jalan Pahang yang menjadi pusat penempatan transit kepada gelandangan sejak tahun 2016 dan Pusat Transit Gelandangan di Taman Desa yang lebih dikenali sebagai Anjung Kelana bermula pada tahun 2021.

“Selain daripada itu, Kementerian juga telah mewujudkan Pusat Transformasi Gelandangan atau dikenali sebagai Anjung Kelana di Taman Desa pada tahun ini untuk memberi fokus kepada kumpulan gelandangan untuk menjalani program bina upaya,” katanya.

Menurutnya, objektif program bina upaya adalah untuk mendedahkan kepada gelandangan kemahiran-kemahiran baru seperti asas pertanian, percetakan dan kraftangan supaya dapat memberi nilai tambah dan pendapatan baru kepada gelandangan.

Ujarnya, semua gelandangan yang diselamatkan yang telah diletakkan di Anjung Kelana dan mereka terlibat secara 100 peratus dengan program kebun bandar yang disediakan oleh KWP.

Beliau yang turut mengetuai sesi libat urus bersama 24 NGO yang terlibat bagi membantu menguruskan perkhidmatan asas kepada gelandangan berikrar akan meneruskan sesi tersebut bagi mencari jalan penyelesaian untuk membantu golongan gelandangan kembali kepada masyarakat.-WILAYAHKU

SUMBER: WILAYAHKU https://www.wilayahku.com.my/

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut