LAWATAN KERJA KESELAMATAN KE PULAU PISANG, PONTIAN, JOHOR DARUL TA’ZIM

PONTIAN, 28 Oktober 2021 – Lawatan Kerja Keselamatan ke Pulau Pisang, Pontian, Johor telah diadakan pada 26 Oktober 2021 (Selasa) yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Tarmizi bin Dan, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor.

Lawatan kerja tersebut juga telah dihadiri oleh wakil Bahagian Keselamatan dan Kedaulatan Maritim serta beberapa bahagian lain dari Ibu Pejabat Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor, beberapa agensi di bawah Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD) Pontian, Pegawai Memerintah 10 RAMD, Pegawai Memerintah 5 RAMD, wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pengurusan), Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (PPMW2), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor dan beberapa agensi lain yang terlibat.

Lawatan kerja keselamatan ini bertujuan untuk melihat penugasan operasi kawalan keselamatan pasukan di bawah naungan Markas Ketujuh Briged Infantri Malaysia (ATM) di Pos Pulau Pisang dan kawalan keselamatan maritim di perairan pantai barat Johor oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Dua dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat!

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …