STESEN PEMINDAHAN PEPEJAL KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 26 OKTOBER 2021 – Sekitar sesi turun padang YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan ke Stesen Pemindahan Sisa Pepejal di Taman Beringin, Kuala Lumpur.

Beliau meninjau proses pengurusan sisa pepejal yang dikendalikan oleh syarikat Alam Flora Sdn Bhd. Stesen ini merupakan pusat pengumpulan sisa domestik di sekitar Kuala Lumpur yang dimampatkan menggunakan mesin pemadat sebelum di hantar ke Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Tagar.

Turut hadir YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Dato’ Hj. Mohd Zain Hj. Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …