MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) DAN MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN ASNAF DI PAGOH, MUAR

PAGOH, 1 Ogos 2021 – YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama-sama dengan amil zakat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah turun padang sendiri bagi meninjau rumah-rumah asnaf di sekitar Pagoh, Muar dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada para penerima. Program turun padang tersebut adalah bagi mengukuhkan kerjasama di samping membina ruang kerjasama yang baharu dan lebih bersepadu antara Kerajaan Persekutuan dan MAIJ bagi menguruskan kebajikan rakyat yang kurang berkemampuan.

YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam lawatan tersebut turut menzahirkan ucapan Menjunjung kasih atas keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Amat Mulia Tuanku Mahkota Johor HRH Crown Prince of Johor akan keadaan rakyat jelata sepanjang pandemik ini. Sekalung penghargaan juga kepada Majlis Agama Islam Johor atas usaha yang berterusan dan aktif dalam memastikan kebajikan asnaf di Johor tetap terpelihara.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

#MKN50
#MKNJohor
#KeepJohorSafe
#KitaMestiMenang
#LindungDiriLindungSemua
Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …