MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERSAMA YAYASAN WAQAF MALAYSIA MENYAMPAIKAN AGIHAN KEPADA PENERIMA DI NEGERI JOHOR

JOHOR, 1 Ogos 2021 – YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama-sama dengan Yayasan Waqaf Malaysia telah menyampaikan sumbangan agihan kepada para penerima yang berjumlah RM103,500.

Barangan yang disampaikan adalah seperti berikut:

✅ 1 Samsung Galaxy Tab A dan pek makanan di Jalan Jaamat, Tangkak;
✅ 1 Samsung Galaxy Tab A dan pek makanan di Taman Pelangi, Tangkak;
✅ Sumbangan Dana Musaadah COVID-19 JAKIM – YWM RM60,000 kepada wakil Kadi Daerah Tangkak untuk Misi Bantuan Prihatin Pasca Banjir Briged Ahli Sunnah Wal Jamaah Johor Darul Takzim;
✅ 26 pek makanan kepada penduduk Kg. Solok dan pengusaha bas;
✅ 80 pek makanan kepada Pertubuhan Peladang Tangkak;
✅ 60 pek makanan kepada Persatuan Peniaga Kecil Kg. Sagil;
✅ 30 buah tablet Samsung Galaxy Tab A kepada SK Labis, SK LKTP Tenang, SK Sr Labis;
✅ 104 pek makanan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Labis;
✅ 70 pek makanan kepada anak kariah Masjid al-Jawahir; dan
✅ 10 pek makanan kepada pengusaha bas Segamat.

 

Agihan bantuan akan terus digiatkan ke seluruh Malaysia. Masih ramai rakyat yang memerlukan bantuan. Terima kasih orang Tangkak, Segamat dan Skudai!

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan ‘remark’ sebagai DANAPERLU.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

#MKN50
#MKNJohor
#KeepJohorSafe
#KitaMestiMenang
#LindungDiriLindungSemua

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …