OPERASI BERSEPADU PEMATUHAN SOP AM PKP FASA PERTAMA MKN N.SEMBILAN KE KILANG KOMPONEN ELEKTRIK DI CHEMBONG, REMBAU, N.SEMBILAN

                          
JUMAAT, 4 JUN – Bertindak atas maklumat, satu Operasi Bersepadu bersama Ibu Pejabat Polis daerah Rembau, N.Sembilan telah diadakan. Hasil pemeriksaan mendapati dokumen yang disediakan adalah diakui sah dan terkini. Manakala kehadiran pekerja adalah mematuhi SOP iaitu di bawah 60% pengoperasian iaitu seramai 98 orang untuk syif pertama dan 85 orang untuk syif kedua (berjumlah 183 orang) daripada keseluruhan 331 orang pekerja.
Kilang yang mengeluarkan produk komponen elektrik dan elektronik berasaskan kaca seperti pintu oven dan mesin basuh ini juga turut mengeluarkan produk kaca (pintu almari) bagi tujuan sanitasi pakaian untuk pasaran luar negara.
Pemeriksaan juga dilaksanakan ke atas pekerja yang hadir ke kilang dan mendapati mereka mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka dan mengimbas kod MySejahtera dengan pihak pengurusan menyediakan alat pengimbas suhu badan dan cecair pembasmi kuman di pintu utama masuk ke kilang.
Secara keseluruhannya, tiada sebarang pelanggaran SOP atau kesalahan di bawah mana-mana undang-undang dan peraturan. Tiada apa-apa tindakan atau kompaun dikeluarkan.
                       

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …