OPERASI BERSEPADU PEMATUHAN SOP SOP AM PKP FASA PERTAMA KE KILANG KOMPONEN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DI SENAWANG, SEREMBAN, N.SEMBILAN

Operasi Pasukan Task Force Pemantauan dan Penguatkuasaan PKP Fasa Pertama yang terdiri daripada Majlis Keselamatan Negara NS, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban,  Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan Majlis Bandaraya Seremban telah diadakan pada 6 Jun 2021 di beberapa kilang membuat komponen elektrik dan elektronik bertempat di Senawang, Seremban, N.Sembilan. Operasi ini bertujuan untuk memastikan majikan mematuhi 60% jumlah keberadaan pekerja di kilang serta pematuhan kepada SOP PKP yang lain. Hasil pemeriksaan mendapati pihak kilang mematuhi SOP PKP Fasa Pertama yang telah ditetapkan dan beberapa teguran serta penambahbaikan telah diberikan semasa pemeriksaan bagi membendung dan mencegah penularan dan kluster wabak Covid-19 di kawasan kilang.

                      

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …